Saturday, July 10, 2010

BIG BOS 2 masuk hospital mata sakit akibat pertumbuhan...
Keadaan bulan ini selepas ditanam selama 3 bulan lebih...





























MAG juga telah menapak satu langkah kehadapan dalam menyediakan semaian sayur-sayuran seperti bayam,sawi,cili dan sebagai untuk tujuan penanaman dalam modul fasa 2 dalam projek MAG.


perosak dan kulat haruslah dicegah dari awal...di MAG pemantauan dilakukan setiap minggu dengan kerjasama Jabatan Pertanian.

Mengambil turus kayu untuk dijadikan pagar untuk penanaman pisang. Pagar ini akan dipasang di kawasan yang baru dibuka untuk perusahaan ini.

Inilah Imran@an...merupakan salah seorang shareholder dalam MAG ini..
ini lah salah seorang pekerja yang rajin dan berdedikasi...

Bulan ini MAG banyak menekankan kepada aspek kormersialan pokok pisang...MAG telah memperluaskan sebanyak 3 hektak untuk penanaman pisang ini..

Wednesday, June 9, 2010

MAG atau Mas Agro Garden akan memberi perkhidmatan pasaran pertanian dari semasa ke semasa.Buat bulan jun ini MAG hanya memulakan skop penanaman pisang dahulu....nantikan susulan MAG....sekian...

DERETAN ANAK POKOK PISANG ( 2 BULAN )







PROSPEK DAN PERMINTAAN BUAH PISANG



Menurut fakta Jabatan Pertanian, buah pisang mempunyai permintaan yang tinggi dan tidak mencukupi di pasaran. Pisang merupakan buah- buahan yang tidak bermusim dan sangat popular di pasaran tempatan. Oleh itu dari segi pemasaran, ianya tidak menghadapi masalah. Pisang yang dihasilkan di negara ini kebanyakan untuk dimakan segar dan sebahagian kecil untuk diproses. Kebanyakan pisang ini dijual di pasaran tempatan dan sebahagian di eksport khususnya untuk pasaran Singapura dan Jepun. Oleh sebab permintaan yang tinggi MAS AGRO GARDEN ingin mengambil peluang dalam mengusahakan penanaman pokok pisang ini. Untuk terus bersaing, MAS AGRO GARDEN berhasrat mahu memperluaskan lagi penanaman pisang sebanyak 2 ribu pokok bagi tahun 2010.

SISTEM SALIRAN AIR


SISTEM SALIRAN AIR YANG SANGAT BAIK MEMBOLEHKAN SEGALA KERJA PERTANIAN DAPAT DILAKUKAN DENGAN SEMPURNA

JENIS TANAMAN


1. Pisang Berangan
2. Pisang Mas
3. Pisang Rastali

COMPANY BACKGROUND

Mas Agro Garden merupakan syarikat yang dimiliki secara perkongsian antara Mat Marzuki Bin Zulkifli dan Ahmad Fadhil Bin Mat Marzuki. Syarikat ini telah memulakan kerja pembersihan kawasan tanaman dan penanaman anak pokok pisang berangan pada bulan Januari 2010 di kawasan seluas 1.287 ekar di lot 986 Sayung, Mukim Sayung Kuala Kangsar .Pengusaha berhasrat memperluaskan lagi tapak projek 0.937 ekar di lot 984 Sayung, Mukim Sayung, Kuala Kangsar. Tanah ini mempunyai dua kawasan yang bersebelahan. Tanah ini dimiliki oleh ibu saudara pengusaha dan bapa pengusaha iaitu Sabatiah Bt. Pandak Othman dan Zulkifli Bin Pandak Othman. Perusahaan ini diusahakan oleh Ahmad Fadhil Bin Mat Marzuki dan Ahmad Imran Bin Mat Marzuki. Tanah di lot ini amat sesuai bagi tanaman pisang dan mempunyai sumber air yang mencukupi. Sebanyak 900 anak pokok pisang berangan telah ditanam di lot 986 manakala di lot 984 masih belum diusahakan lagi untuk penanaman pokok pisang mas dan pokok pisang rastali.